Friday, August 2, 2019

Top 10 Followers Instgram Artis Malaysia 2019


  Mesti ramai nak tau sapa artis malaysia  yang paling TOP pada tahun 2019 ni berdasarkan bilangan FOLLOWERS di Instagram .



So kat bawah ni aku listkan satu persatu 10 ARTIS PALING TOP di INSTAGRAM tahun 2019


NO 10. 

MIRA FILZAH ( BABY SAYANG )



Merupakan pelakon , pengacara , model dan usahawan yang makin mengukir nama di dalam industri hiburan . Wajah raut yang manis ditambah dengan imej yang sopan membuatkan ramai jejaka tidak tidur lena serta ramai isteri yang mengamuk disebabkan agak ramai suami2 diluar sana selalu memberi komen yang agak nakal di ruangan komen insta beliau.

Mempunyai seramai 4.3 juta pengikut , Mira telah berada di tangga ke sepuluh dalam carta 10 ARTIS PALING TOP di INSTAGRAM tahun 2019.

#BabySayang #AbangPunSayangBaby


NO 9.

ELFIRA LOY





Artis berkening lebat ini merupakan pelakon yang agak lama dalam industri ini. Telah memulakan karier lakonan beliau sejak berumur 12 tahun . Pernah menjadi duta untuk  maybelline , honda dan mcm2 lagi.

Tidak banyak yang boleh diceritakan buat masa sekarang kerana dia sedang berbahagia dan menanti kelahiran anak sulung mereka tidak lama lagi.


NO 8.

JANNA NICK


Merupakan pelakon dan penyanyi yang masih muda , berumur 23 tahun. Dikenali dengan perangai sempoi dan agak gila2 serta gelaknya yang agak menyeramkan ( jangan gelak waktu malam janna , nanti orang ingat " SUSTER NGESOT" yang datang

#SingleLagiNie


NO 7 

NUR FAZURA 



Merupakan Pelakon , Pengacara , VJ dan Usahawan. Merukan bekas pelajar jurusan rekaan fesyen , dia juga pengasas utk Fazblous ( baca sekali dua saja, jangan lebih bagi mengelakkan bunyi mencarut )

nak duit sampingan , bleh la join page survey ni..x bayah bayar apa2 cuma jawab survey dan diorang akan bayar kat korang.
click sini utk mendapatkan wang anda


NO 6.

HANIS ZALIKHA

Dari seorang blogger terjun menjadi model dan menjadi seorang pelakon. Dia pernah dinobatkan sebagai Most Influential Blog Award in 2011.

Disebabkan suami dia ada black belt , aku x berani tulis yang bukan2.


NO 5.

SCHA AL-YAHYA




Scha Al-yahya mula meletup ketika berlakon sebagai watak utama dalam drama AWAN DANIA.
Merupakan bekas peramugari dan model , scha dikenali kerana sikapnya yang agak jantan dan gelak dia yang agak menggerunkan ( macam lelaki ).

"orang kedah memang suka gelak macam depa ni ka?" 


NO 4.

ZIZAN RAZAK


Satu-satunya artis lelaki didalam senarai ini dan satu-satunya artis yang mempunyai hidung yang agak besar hingga dapat dikesan kebesarannya dalam jarak 3 kilometer.

Zizan merupakan peserta raja lawak musim pertama dan populariti beliau terus meningkat naik seiring dengan gosip2 bercinta dengan artis wanita. Saya jangkakan populariti dia pasti akan meningkat dan menjadi no 1 didalam malaysia selepas berkahwin.

Ini kerana wanita dia luar sana suka menyondol laki orang bak kata makcik-makcik bawang dalam facebook page KISAH RUMAH TANGGA ( KRT ).

NO 3.

NORA DANISH 


Pelakon wanita kacukan myanmar - arab ini merupakan Pelakon , Hos dan Model serta ibu kepada 2 orang anak yang comel. Mempunyai karakter manja dan sentiasa menjadi siulan sembang geng2 lelaki gatal di kedai kopi


NO 2

NEELOFA


Mula dikenali ramai selepas menjuarai program DEWI REMAJA 2011 , neelofa terus mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang . Kejayaan demi kejayaan dalam industri seni dan kini merupakan jutawan selepas menceburi bidang keusahawanan. Aset beliau dianggarkan ( sila tanya LHDN ) sebab saya tiada data mengenai kekayaan beliau. Pernah digosipkan bercinta dengan Hans Isaac , Fattah Amin dan seterusnya Aku ( perasan nak mampus ) .

Dia sedang berdoa untuk dipercepatkan jodohnya so kepada lelaki - lelaki yang masih tak laku tu , sila try hantar resume ka apa2 yang patut . Mana tau jodoh korang bleh la merasa nasik kerabu di majlis persandingan korang

NO 1

DATUK SERI SITI NURHALIZA


Satu nama yang besar dalam industri seni dinegara ini .. Mempunya imej yang cukup bersih dan sesuai dijadikan ikon untuk generasi yang akan datang. Selayaknya Datuk Seri Siti Nurhaliza di angkat sebagai lagenda dalam industri seni muzik tanah air malaysia seangkatan dengan P.Ramlee , Sudirman , Ella dan lain- lain lagi.


Nota :- Statistik berdasarkan kiraan pada mac 2019

No comments:

Post a Comment