Tuesday, August 6, 2019

Kerana Bitcoin, TNB Alami Kerugian Sebanyak RM3.2 Juta!



Bunyi macam pelik, bagaimana bitcoin mampu buatkan TNB rugi sebanyak RM3.2 juta sedangkan bitcoin hanyalah aktiviti perlombongan matawang kripto. Korang boleh "brain" tak?

Macam ni, aktiviti perlombongan Bitcoin ni dia melibatkan penggunaan rangkain komputer berkuasa tinggi yang memerlukan jumlah penggunaan elektrik yang banyak. Jadi untuk mengurangkan kos, mereka mencuri bekalan elektrik dengan membuat pintasan dari peti agihan elektrik secara terus kedalam premis tanpa melalui meter.

Sebagai contoh, arus 3 Amp digunakan lampu dan kipas sedutan, dimana mereka perlu membayar bil sebanyak RM219 , manakala arus 1,500 Amp tidak bermeter untuk komputer berkuasa tinggi yang digunakan sepatutnya membayar sebanyak RM108,000 sebulan. Kan banyak beza tu?





Sebanyak 33 premis yang menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin disekitar Kuantan yang menyebabkan TNB alami kerugian RM3.2 juta. Premis-premis berkenaan telah menjalankan kegiatan mereka sejak enam bulan lepas. Tuntutan bayaran balik akan dikenakan kepada pemilik premis. 

Oleh itu, Suruhanjaya Tenaga memyeru pemilik premis mengambil berat aktiviti yang dijalankan di premis mereka serta membuat pemindahan akaun sementera kepada penyewa premis. Ini bagi memastikan pemilik premis tidak menanggung liabiliti yang dilakukan oleh penyewa premis.

jawab dan dapatkan ganjaran wang tunai utk setiap survey yang anda jawab.
klik di sini https://invol.co/clgxl1
dan mula dapatkan ganjaran anda
tiada sebarang caj dikenakan kepada anda.

Info tambahan untuk korang yang tak beberapa jelas pasal matawang kripto, benda ini membolehkan seseorang individu memindahkan nilai antara satu sama lain dan membayar barang dan perkhidmatan tanpa melalui institusi kewangan, namun ianya tidak sah di Malaysia.

#KEBERKATAN ITU PENTING

DESTINASI BAJET YANG MAMPU DIKUNJUNGI OLEH RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA YANG BERAGAMA ISLAM PART (PART 1 )


Selalu perkara ini terjadi ... anda sedang bersantai sambil skroll skrin telefon anda dan mengushar website tempat2 menarik yang dikongsikan oleh kawan2 media sosial anda atau dari traveller website . Nafsu mula membuak2 dan secara spontan anda akan mula berimaginasi melancong ke tempat2 tersebut.

TETAPI.. buka wallet anda sedih sangat2.. mimpi indah mula menjadi sayu .. itu satu hal . Satu lagi mampu melancong tetapi masalah utama orang islam adalah

 " senang tak cari makanan halal di sana?"


Isu yang agak besar tu tetapi tak mengapa , disini aku kongsikan beberapa tempat yang mungkin tidak mengoyakkan sangat dompet anda dan agak senang untuk mencari makanan halal . Melancong sambil menikmati makanan tempatan di negara asing baru best!

1. Sarajevo, Bosnia & Herzegovina

Digelar kota suci eropah , Sarajevo memang benar2 unik dengan suasana perkampungan yang tenang , nyaman dan masih suci dari kerakusan pembangunan di tempat2 yang lain. Rekabentuk bangunan banyak dipengaruhi oleh gabungan timur , barat dan islam.


Kalau anda berjalan - jalan di kawasan bandar , di lorong2 sempit anda akan terpegun dengan keindahan bangunan masjid yang banyak di bina disitu bercirikan senibina turki dan sepanyol.





Disebabkan sarajevo masih di anggap dara dan jarang diteroka oleh pelancong asing , harga makanan agak berpatutan disini . Dengan serendah 5 euro anda dapat menikmati hidangan2 tradisional di sini , ia boleh di anggap mesra poket untuk pelancong yang mempunyai bajet yang rendah 

CEVAPI

 Cevapi adalah kebab kecil berbentuk bujur dari kambing dan daging sapi yang disajikan di somun (roti pita Bosnia) dengan bawang mentah. Penduduk tempatan memakannya untuk makan tengahari, makan malam, atau sebagai makanan ringan. Chef grill daging dan berkhidmat antara lima hingga sepuluh kebab individu di atas pinggan dengan sos krim masam. Setiap restoran memasak dan musim dengan cara yang berbeza, menjadikan setiap cevapi sedikit berbeza. Anda juga boleh mencari variasi serantau yang menggunakan kambing atau kambing.

BUREK
Burek berasal dari Turki dibawa ke Balkan oleh Uthmaniyyah. Bureks mempunyai pastri serak dengan mengisi daging, keju, atau bayam. Hampir setiap kedai roti di negara ini menjual makanan ringan berminyak ini, yang kadang-kadang dijual secara individu atau berat. Bosnia dan pelancong cenderung mempunyai hubungan cinta-benci dengannya. Di satu pihak, snek lazat dan mengisi, di sisi lain, mereka sangat berminyak dan penuh dengan lemak.


jawab dan dapatkan ganjaran wang tunai utk setiap survey yang anda jawab.
klik di sini https://invol.co/clgxl1
dan mula dapatkan ganjaran anda
tiada sebarang caj dikenakan kepada anda.

Tufahija


makanan pencuci mulut mereka yang manis dan memperkenalkan Tufahija ke Bosnia. Apel yang direbus dalam gula dan disumbat dengan walnut dihidangkan dengan sirap dan krim disebat dalam kaca besar. Super sweet Tufahija melengkapkan rasa kuat dan pahit kopi Bosnia dan penduduk tempatan cenderung untuk menikmati kedua-duanya pada masa yang sama.


DOLMA
hidangan lain yang terdapat di sekitar Balkan dan Mediterranean, Bosnia menambah sentuhan lazatnya sendiri. Sayur-sayuran, seperti terung, lada dan zucchini, disumbat dengan daging atau nasi dan perasa. Bosnia berkhidmat daging dolma hangat, sering dengan sos berasaskan lemon dan dolma beras pada suhu bilik dengan sos bawang putih berasaskan yogurt. Di Mostar, keistimewaan serantau ialah Sogan Dolma menggunakan bawang sebagai sayuran.

Antara pemandangan yang boleh dilihat 











akan bersambung di posting yang akan datang


Friday, August 2, 2019

Top 10 Followers Instgram Artis Malaysia 2019


  Mesti ramai nak tau sapa artis malaysia  yang paling TOP pada tahun 2019 ni berdasarkan bilangan FOLLOWERS di Instagram .



So kat bawah ni aku listkan satu persatu 10 ARTIS PALING TOP di INSTAGRAM tahun 2019


NO 10. 

MIRA FILZAH ( BABY SAYANG )



Merupakan pelakon , pengacara , model dan usahawan yang makin mengukir nama di dalam industri hiburan . Wajah raut yang manis ditambah dengan imej yang sopan membuatkan ramai jejaka tidak tidur lena serta ramai isteri yang mengamuk disebabkan agak ramai suami2 diluar sana selalu memberi komen yang agak nakal di ruangan komen insta beliau.

Mempunyai seramai 4.3 juta pengikut , Mira telah berada di tangga ke sepuluh dalam carta 10 ARTIS PALING TOP di INSTAGRAM tahun 2019.

#BabySayang #AbangPunSayangBaby


NO 9.

ELFIRA LOY





Artis berkening lebat ini merupakan pelakon yang agak lama dalam industri ini. Telah memulakan karier lakonan beliau sejak berumur 12 tahun . Pernah menjadi duta untuk  maybelline , honda dan mcm2 lagi.

Tidak banyak yang boleh diceritakan buat masa sekarang kerana dia sedang berbahagia dan menanti kelahiran anak sulung mereka tidak lama lagi.


NO 8.

JANNA NICK


Merupakan pelakon dan penyanyi yang masih muda , berumur 23 tahun. Dikenali dengan perangai sempoi dan agak gila2 serta gelaknya yang agak menyeramkan ( jangan gelak waktu malam janna , nanti orang ingat " SUSTER NGESOT" yang datang

#SingleLagiNie


NO 7 

NUR FAZURA 



Merupakan Pelakon , Pengacara , VJ dan Usahawan. Merukan bekas pelajar jurusan rekaan fesyen , dia juga pengasas utk Fazblous ( baca sekali dua saja, jangan lebih bagi mengelakkan bunyi mencarut )

nak duit sampingan , bleh la join page survey ni..x bayah bayar apa2 cuma jawab survey dan diorang akan bayar kat korang.
click sini utk mendapatkan wang anda


NO 6.

HANIS ZALIKHA

Dari seorang blogger terjun menjadi model dan menjadi seorang pelakon. Dia pernah dinobatkan sebagai Most Influential Blog Award in 2011.

Disebabkan suami dia ada black belt , aku x berani tulis yang bukan2.


NO 5.

SCHA AL-YAHYA




Scha Al-yahya mula meletup ketika berlakon sebagai watak utama dalam drama AWAN DANIA.
Merupakan bekas peramugari dan model , scha dikenali kerana sikapnya yang agak jantan dan gelak dia yang agak menggerunkan ( macam lelaki ).

"orang kedah memang suka gelak macam depa ni ka?" 


NO 4.

ZIZAN RAZAK


Satu-satunya artis lelaki didalam senarai ini dan satu-satunya artis yang mempunyai hidung yang agak besar hingga dapat dikesan kebesarannya dalam jarak 3 kilometer.

Zizan merupakan peserta raja lawak musim pertama dan populariti beliau terus meningkat naik seiring dengan gosip2 bercinta dengan artis wanita. Saya jangkakan populariti dia pasti akan meningkat dan menjadi no 1 didalam malaysia selepas berkahwin.

Ini kerana wanita dia luar sana suka menyondol laki orang bak kata makcik-makcik bawang dalam facebook page KISAH RUMAH TANGGA ( KRT ).

NO 3.

NORA DANISH 


Pelakon wanita kacukan myanmar - arab ini merupakan Pelakon , Hos dan Model serta ibu kepada 2 orang anak yang comel. Mempunyai karakter manja dan sentiasa menjadi siulan sembang geng2 lelaki gatal di kedai kopi


NO 2

NEELOFA


Mula dikenali ramai selepas menjuarai program DEWI REMAJA 2011 , neelofa terus mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang . Kejayaan demi kejayaan dalam industri seni dan kini merupakan jutawan selepas menceburi bidang keusahawanan. Aset beliau dianggarkan ( sila tanya LHDN ) sebab saya tiada data mengenai kekayaan beliau. Pernah digosipkan bercinta dengan Hans Isaac , Fattah Amin dan seterusnya Aku ( perasan nak mampus ) .

Dia sedang berdoa untuk dipercepatkan jodohnya so kepada lelaki - lelaki yang masih tak laku tu , sila try hantar resume ka apa2 yang patut . Mana tau jodoh korang bleh la merasa nasik kerabu di majlis persandingan korang

NO 1

DATUK SERI SITI NURHALIZA


Satu nama yang besar dalam industri seni dinegara ini .. Mempunya imej yang cukup bersih dan sesuai dijadikan ikon untuk generasi yang akan datang. Selayaknya Datuk Seri Siti Nurhaliza di angkat sebagai lagenda dalam industri seni muzik tanah air malaysia seangkatan dengan P.Ramlee , Sudirman , Ella dan lain- lain lagi.


Nota :- Statistik berdasarkan kiraan pada mac 2019